Wednesday, April 22, 2009

Janda Yang Mengambil kesempatan


salam semua...aku sebenarnya nak story satu kisah kat korang, dulu- dulu aku rajin keluar malam korang cakap jer kelab malam kat kel ell, semua dah aku jajah(dgn prsaan malu ni) heheehe. Lepas balik tu biasa laa perut lapar pegi laa lepak kat mana-mna kedai mamk yang menjadi tumpuan org macm pelita ker...so pada satu malam aku dgn member aku pung lepak la dgn member aku ni kat kt mamak kat Bangsar, Pelita lah tu ohhhh lupa nak bertau nama kawan aku...member aku ni aku panggil Wan...bebudak panggil dia Simon(perut Buncit) dia ni PR dia memang power mana-mana pergi semua kenal mcm artis polak( dah lama tak jumpa mamat ni). Bila lepak kat sini tiba-tiba ada orang lambai rupanyer ada kawan dia kat situ.. lalu mereka memperkenalkan diri sorang tu namanya Anne sorang tu Victoria...sorang lagi aku tk igt sapa ke nama. Perbualan pung berlaku aku pung certa la aku pung hebat jugak biasa la lelaki semuanya nak tunjuk hebat.
Selepas tu aku pun bertukar la no hanpon dgn Anne ni, lepas tu aku pung berbalas la mesej dgn dia, sebelum tu Wan dah bertau aku diorang ni janda...agak liar jugak la. So aku jenis tak kisah berkwan jer setakat mana yang boleh, lama kelamaan kalau ada apa hal aku la yang kena jadi driver kepada dua orang janda ni, bila malam minggu kekandang tu pergi la keluar kat mana mana kelab malam kat kat kel ell ni, aku pung selalu jugak lepak umah diorang ni jadi tukang hantar makanan...cis siol betul. Kadang-kadang tu kalau aku aku bawak keta, diorang follow kat belakang rupa-rupanya dengan keta keta diaorang pun aku kena isi. minyak..sial betul. Ok semasa berkwan dengan diorang ni aku pun dapat laa kenal rangkaian kawan-kawan mereka, fuhhhh boleh kata semuanyer janda..ada yang ada anak ada yang takde. Aku ingat masa bulan ramadhan yang mulia laa tiba-tiba kereta si Anne ni kena tarik dengan india, aku laa yang kena bayar pakai duit aku. katanya nak bayar balik aku percaya laa, rupa rupanya hampeh.. ada la bayar sikit itu pung aku mintak beberapa bulan lepas tu .Semasa bulan ramadhan tu jugak diorang ni cuba berniaga hamper yang bungkus cantik-cantik tu untuk dihantar pada orang Kaporat kononnya, tapi aku laa yang menjadi mangsa, kalau ada barang yang dibeli kena la jadi driver, itu takper lagi, so bila tiba waktu penghantaran ni.. aku lagi yang kena hantar. Merata kell ell, selangoraku pergi dan yang aku angin tu dah laa tak dapat apa apa duit minyak ker tol ker.. pe pon tak bagi...sial betul...lepas kejadiaan tu aku pung menghilangkan diri dari mereka ni, teruk kan perangai macam ni, bagi aku diorang tak patut buat macam tu, aku ingat aku lah orang paling baik kat kell ell ni, moralnya aku dah takkan tolong orang orang macam ni lagi
Baca seterusnya..

Gadis Idamanku


Aku nak certa skit pesal sorang gadis ni masa aku mula mula start keja kat shah alam, masa itu aku baru je datang kell ell, sebenarnya aku tunggu peluang sahaja, bila sepupu aku ni call cakap ada peluang kat kel ell, hendak dijadikan certa aku dapat keja kosang kt tempat dia, aku pung dgn harapan yang besar datang la ke kl, dengan punuh harapan untuk berdikari dan membantu keluarga aku mana yang boleh..Mak aku bekal la kat aku beberapa ratus. Aku naik Bas ekspres Tranasianal dari gerik ..sepupu aku dah tunggu aku kat Puduraya. Wow akhirnya aku telah sampai kl, aku ingat dlm tahun bulan 11 tahun 1992 kot. So esoknya dia pung bawak laa aku kat tempat dia keja,, semua pekrja situ mojoritinya semuanya melayu, so pas interview lebih kurang aku pung terus start keja hari tuu jugak. Masa pung berlalu kat opis situ ada sorang gadis yang cantik dan manis...budak Sementa kelang lawa orangnya aduh kenapa aku lambat sgt. Ermmm lama kelamaan aku pung dah paham selok belok kat situ padahal baru jer sebulan dua kerja.. keja kat sini agak la ganas sikt. Nama dia Ida kot rasanya, ermm senyuman dan tutur katannya buat aku angau hari demi hari.. masa tu aku dok kat section 8 shah alam alaa dekat bukt cherakah tu. Tahap angau rupa rupanya tak bertepuk sebelah tangan rupa-rupanya dia pung syok kat aku hahaha.. Baca seterusnya..

Tuesday, April 21, 2009

Aku Balik Tengok bola..tiba2

Aku baru kelik tgk bola tadi kat kedai mamak liv lwn arsenal, seri 4-4 seronok tgk bola kat kedai mamk ni riuh rendah ..kalau kalau polak games memang panas. Bila aku kelik ni aku teringat nostalgia lama...masa aku tingkatan satu tahun 1996 kat sek men men sultan idris shah 11 gerik, ermm masa tu aku jenis mat skima sikt...ye laa baru nak masuk sek men. Bukak nya macam budak lani semua handal, tak payah ajar..depa lagi la advance.. Masa aku kt kelas tu 1 warna ke tah aku pung tk ingat nama kelas aku. Ermm masuk tu ada la 3 serangkai budak pompuan ni, budak pekan tiba2 masuk sek. kat gerik. perr lawa gak budak ni. Seorang nama sherlina, sorang nama siti aida, sorang nama linda( linda ni mak dia penah jadi Tim.men dulu) ermm sapa teka sendiri jer la.
Jadi kat sek tu cepat laa diorang mengecapi keglamouran sebgai 3 serangkai yang ...kira semua budak kenal lah.. entah anak berapa la sekarng diorang ni. Ohhh lupa nak beritahu Sherlina ni kacukan rasannya...sebelum nii tk penah pakai tudung msk sek. ni kena laa pakai tudung. Masa tu Bapak di OSPd Gerik tak salah aku la. Aku pung glamour gak semua budak kenal aku..aku pung tak tau sebb apa mungkin ...oh tidak . Ohhh satu lagi masa tu ada sorang ni cikgu matemati aku ponya la lokek .. asik aku dah bangang matemtik ...aku dgn bebberapa member aku selalu kena mark dgn tanya solan matematik....tu la yang aku angin pilih laa orang lain, fuck laah. masa tu sekolah petang dah nak magrib baru sampai umah kot> aku rasa masa tu la glomour kot. hahahaaaa
Sherlina ni orangnya tinggi lampai...mcm melayu pon ada macam cina pung ada...dia boleh sesuai kan diri masa tu kot, linda ni polak putih cantik..cute lagi dan lagi lah, siti aida ni polak orang hitam manis... sedap mata memandang rasanya. Aku rasa ada la beberapa patah perkataan aku sembang dgn diorang ni, aku kan skima skt hehehe, tapi kalau skrang aku lah pakar, Dalam kelas tu ada 2 org budak paling aku menyampah sorang namanyer.....ayem sorang lagi hassan kot ehh tk igat laa. aku rasa laaa duit aku ilang masa masa tu pkejaan diorang kot. Baca seterusnya..

andaikutahu mereka itu Penipu

salam semua, kat sini aku nak coretkan kisah aku ditipu oleh kawan aku sendiri. Kejadiaan yang berlaku 2 tahun lepas ni betul2 mengajar aku pengalaman hidup ataupun pengalaman berniaga. Aku harap2 kalau korang baca kisah aku jangan lah mudah percaya pada kawan yang baru kenal 2, 3 bulan, kalau nak usahasama kenal laa kita kita kenal latar belakangnya, keluarganya ataupun di mana tempat tinggalnya , sekurang-kurangnya kalau kita jadi apa apa boleh jugak kita cari dia atau upah orang belasah dia.
Aku dulu berniaga kantin sekolah, dari kecik kecik pastu boleh la beli serba sedikit harta. Sebelum kejadian berlaku aku selalu la melepak satu tempat ni dekat Kelana Jaya. Tempat ni betul-betul depan Kompleks Mas, kalau korang biasa kat situ korang tau la tempatnya. Waktu tu aku suka sangat lepak kat situ almaklum laa petang2 ramai la stewades dok melepak kat situ. aduh tak dpat pung kat aku. dapat tengok jer la, kebetulan kawan baik aku bukak car wash kat situ masa tu. Dah lepak situ aku pung kenal la ramai geng geng kat situ, untuk pengetahuan korang tempat tu kepunyaan bebrapa budak Umno yang sedang meningkat naik. Waktu pung berlalu budak budak situ tau la aku berniaga katering, Pada satu hari manager situ namanya (bekas) fairuz sound kat aku hang nak projek tak? aku memang tau waktu tu diorang memang tgh membekal makanan dekat MAB malaysian airpot la. Aku pung tanya la macamana?, kata manager tu dia dah masuk projek tu pakai nama kampeni dia, dan dia nak aku jadi sub. aku masak tapi modal aku dulu lepas tu dia akan ambik dan hantar kat sepang. Katanya budget rm18 sekepala( rupa- rupanya selepas aku siasat lepas aku 'terkena' sekepala rm28) semasa persetujuan aku dengan dia aku tak buat surat hitam putih.. cuma aku catitkan dalam buku aku.
Setelah projek ni berjalan selama sebulan, kadang yang makan ada la dalam 120 orang, paling banyak 600 orang. Sebelum tu dia ada buat la wayang bayar sikt kat aku, aku rasa ada la beberapa ribu inggit. Bila aku kira-kira bil aku yang tak 'seberapa' tu lebih kurang dalam rm60,000 sebulan kemudian, dia cakap payment belum masuk lagi. aku pung tunggu la, tunggu ponya tunggu dia dah tutup hanpon. aku pergi cari dah pindah umah. sial betul.
Dan waktu itu terbongkar la dia memang la kaki penipu, aku kalau dapat jacpot besar nati aku nak upah orang pergi cari mamat ni biar puas hati aku, lepas tu aku pung lingkup sebab hutang keliling, kantin polak tak dapat tender. aduh merananya aku......Dan sampai hari aku dok berusaha kembali mengembalikan kegemilangan aku Baca seterusnya..

Sunday, April 19, 2009

Betul ke Berita nii...Betul kot?

Gerik : Empat orang Ahli Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.Mereka ditangkap dipekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk berusaha membebaskan pemuda-pemuda tersebut.Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.Maka dengan itu..polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand. Baca seterusnya..

Melayu mudah lupa


Semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997
Banyak usahawan bukan Melayu yang mengalami masalah teruk akibat krisis itu. Majoriti daripada mereka yang menjadi kaya-raya sebenarnya mendapat bantuan kerajaan. Malangnya, tidak banyak orang, khasnya orang Melayu, yang menyedari hakikat ini. Misalnya, tidak banyak yang tahu bahawa Sime bank Berhad milik Sime Darby muflis akibat pinjaman raksasa yang diberikannya kepada segelintir usahawan dan syarikat bukan Melayu yang muflis akibat krisis 1997.

Sebaliknya yang menjadi bahan berita ialah kegagalan syarikat-syarikat dan projek-projek penswastaan yang membabitkan usahawan Melayu seperti Renong, United Engineers Malaysia, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Celcom, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Pernas.

Hakikat bahawa projek monorel milik bukan Melayu terbengkalai begitu lama dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar Kuala Lumpur dan bertukar tangan, hampir-hampir tidak mendapat perhatian sehinggalah seorang wartawan cedera parah dihempap flywheel kenderaan itu. Kebanyakan orang hanya tahu bahawa Robert Kuok menjadi kaya-raya kerana monopoli gula dan Lim Goh Tong kerana lesen kasino. Tidak banyak yang tahu bagaimana dan daripada siapa mereka memperoleh monopoli itu.

Bapa Robert Kuok bernama Kuok Keng Kang mengasaskan empayarnya melalui perniagaan gula, beras dan gandum dengan bantuan Sultan Johor sekitar tahun 20-an. Keng Kang adalah pendatang dari wilayah Fujian, China. Menurut laporan akhbar The Star, milik MCA (4 Jun, 2001), Keng Kang begitu akrab dengan orang kenamaan Melayu Johor sehingga mereka sanggup menolongnya mengatasi ketagihan candu.

Usahawan kasino Lim Goh Tong pula membina dan memodenkan empayar korporatnya melalui lesen kasino daripada Kerajaan Pusat dan tanah di puncak gunung diterima daripada kerajaan Pahang pada awal tahun 70-an. Manakala YTL menjadi besar kerana kontrak membina sekolah dan hospital daripada kerajaan, lesen menjana elektrik (IPP) dan perkongsian membina rumah dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Menurut laporan The Star, loji penjanaan elektrik YTL di Terengganu memperolehi hasil RM1 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM400 juta setiap tahun sejak 1998.

Tetapi kejayaan Ananda adalah contoh klasik bagaimana seorang usahawan bukan Melayu mengambil kesempatan daripada dasar mesra niaga (business friendly) kerajaan dan keakraban dengan kepemimpinan negara. Cara Ananda Krishnan membina empayar korporatnya menakjubkan. Beliau bukan muka baru dalam dunia korporat Malaysia kerana pernah menjadi ahli lembaga pengarah Bank Negara dan Petronas serta menaja konsert peringkat antarabangsa seperti Live Aid oleh pemuzik Sir Bob Geldorf pada tahun 1980-an.

Namum beliau menjadi terkenal hanya mulai tahun 1990-an apabila mendapat penswastaan padang lumba kuda Jalan Ampang, Kuala Lumpur, yang kini menjadi tapak KLCC dan Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat pada tahun 1989. Beliau dilaporkan membayar RM110 juta untuk tanah itu dan membelanjakan RM300 juta untuk memindahkan syarat kegunaannya sebagai tapak KLCC. Beliau kemudian menjual 51 peratus projek itu kepada Petronas dengan harga RM600 juta. Akhir tahun lalu, beliau menjual baki 49 peratus saham miliknya dalam KLCC Development Sdn. Bhd. kepada Petronas dengan harga RM1.2 bilion.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Ananda Krishnan adalah usahawan paling bijak meniti laluan beranjau politik Malaysia. Beliau rapat dengan kepemimpinan tertinggi politik Melayu, bermula dengan Tengku Razaleigh Hamzah berdekad-dekad lamanya. Kini beliau berpotensi menjadi orang paling berpengaruh dalam kehidupan seharian Malaysia kerana empayarnya merangkumi sektor-sektor strategik seperti telekomunikasi angkasa dan bumi (Binariang dan Maxis), radio dan television (Astro), perjudian (lumba kuda dan loteri Pan Malaysian Pools), perkapalan dan industri minyak (Bumi Armada), penjanaan elektrik (Powertek Berhad) dan perfileman.

Pencabar utama

Dengan lebih 40 saluran tv dan radio serta pelanggan yang menjangkau satu juta, Astro kini menjadi pencabar utama kepada stesen-stesen tv terrestrial iaitu RTM, TV3 and ntv7. Dalam konteks yang lebih luas, kejayaan sebahagian besar ahli perniagaan Malaysia menyelamatkan diri dan empayar korporat mereka daripada kesan negatif krisis ekonomi 1997 dan menambah kekayaan peribadi mereka, harus diberi pengiktirafan. Ia sekali gus membuktikan daya tahan sektor korporat dan keutuhan ekonomi negara hasil daripada dasar-dasar kerajaan dan pakej pemulihan ekonomi yang diperkenal selepas krisis 1997.

Berbanding tahun lalu, nilai pasaran 40 tokoh ini meningkat 20 peratus daripada RM41.7 bilion kepada RM50 bilion, iaitu bersamaan kira-kira 25 peratus keluaran dalam negara kasar (GDP) Malaysia. Kejayaan ini dicapai dalam suasana pasaran saham yang lembap dan pemulihan ekonomi dunia yang tidak menentu akibat keganasan dan ancaman perang Amerika terhadap Iraq.

Sektor korporat atau dalam bahasa yang lebih mudah, bidang perniagaan, adalah antara komponen utama ekonomi negara kita yang paling teruk menderita kesan krisis ekonomi serantau. Banyak ahli perniagaan, empayar korporat dan Bank-bank tempat mereka meminjam menjadi muflis. Satu demi satu empayar korporat yang sebelum itu disanjung dan menjadi idaman, runtuh ibarat istana pasir dilanda ombak.

Mereka bankrap akibat kejatuhan besar harga saham syarikat-syarikat mereka dan hutang yang melambung apabila nilai ringgit jatuh berbanding dolar Amerika akibat spekulasi mata wang. Sebelum krisis itu, kerajaan sendiri menggalakkan ahli korporat dan syarikat besar, khasnya yang melabur di luar negara atau yang banyak mengimport kelengkapan, supaya meminjam dalam mata wang asing seperti dolar Amerika dan yen Jepun.

Ketika mereka meminjam, kadar tukaran ringgit adalah kira-kira RM2.50 bagi setiap satu dolar Amerika. Tetapi apabila berlaku serangan spekulasi ke atas mata wang Asia bermula Jun 1997, kadar tukaran melambung kepada lebih RM4 bagi setiap satu dolar. Akibatnya, untuk membayar hutang sebanyak AS$100 juta yang dahulunya memerlukan RM250 juta, dengan sekelip mata melambung kepada RM400 juta. Inilah yang berlaku kepada syarikat-syarikat seperti MAS, Celcom, Tenaga Nasional Berhad dan Kumpulan Lion.

Perubahan politik dan dasar kewangan yang berlaku selepas itu mencetuskan “penyingkiran” sekumpulan tokoh korporat pelbagai kaum. Dalam beberapa kes, ia diekori oleh keruntuhan empayar korporat mereka.

Antara perkembangan penting yang mempengaruhi pengurusan ekonomi negara selepas krisis 1997 dan yang memberi kesan besar kepada sektor korporat ialah pelaksanaan kawalan terhad tukaran mata wang yang diperkenalkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1998. Turut mempengaruhi dunia korporat ialah penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; peletakan jawatan penggantinya, Tun Daim Zainuddin pada tahun 2001 dan pengambilan alih Kementerian Kewangan oleh Dr. Mahathir sendiri.

Manakala sektor korporat bukan Melayu tidak banyak terjejas oleh perkembangan politik semasa, untung nasib usahawan Melayu masih banyak dipengaruhi oleh suasana politik. Jika ini berterusan, maka usaha membina masyarakat usahawan Melayu akan terbantut dan harapan mereka menyaingi usahawan bukan Melayu mustahil tercapai.

Sikap sesetengah orang Melayu yang benci, cemburu dan dengki terhadap kaumnya yang berjaya di dunia korporat, tidak membantu. Hakikatnya, bagi setiap seorang Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan, lebih ramai orang bukan Melayu yang lebih hebat kejayaannya.

Lagipun usahawan dan tokoh korporat Melayu yang berjaya hari ini amat berbeza dengan watak Haji Bakhil dalam filem Allahyarham P. Ramlee. Mereka tidak kedekut macam Haji Bakhil. Sebaliknya ada yang membina masjid dan asrama, ada yang membina sekolah dan maktab, ada yang membiayai surau dan madrasah, ada yang menubuhkan yayasan dan mengeluarkan bermacam-macam bantuan. Malah ada juga yang membina muzium dan mengadakan kelas bimbingan.

Justeru, sikap benci, cemburu dan dengki orang Melayu kepada bangsanya yang berjaya nyata tidak bertempat. Apatah lagi, seperti diungkapkan oleh Dr. Mahathir, perjalanan masih jauh. Justeru orang Melayu tidak boleh cepat mudah lupa.
moralnya....andaikutahu Baca seterusnya..

Saturday, April 11, 2009

Di Sinilah Asalnya aku

SEJARAH GERIK
Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.
Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.
Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.
Asal-usul Nama 'Gerik'
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).
Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.
Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.
Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kSEJARAH GERIK
Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.
Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.
Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.
Asal-usul Nama 'Gerik'
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).
Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.
Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.
Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.
Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.
dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.
Baca seterusnya..