Sunday, April 19, 2009

Melayu mudah lupa


Semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997
Banyak usahawan bukan Melayu yang mengalami masalah teruk akibat krisis itu. Majoriti daripada mereka yang menjadi kaya-raya sebenarnya mendapat bantuan kerajaan. Malangnya, tidak banyak orang, khasnya orang Melayu, yang menyedari hakikat ini. Misalnya, tidak banyak yang tahu bahawa Sime bank Berhad milik Sime Darby muflis akibat pinjaman raksasa yang diberikannya kepada segelintir usahawan dan syarikat bukan Melayu yang muflis akibat krisis 1997.

Sebaliknya yang menjadi bahan berita ialah kegagalan syarikat-syarikat dan projek-projek penswastaan yang membabitkan usahawan Melayu seperti Renong, United Engineers Malaysia, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Celcom, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Pernas.

Hakikat bahawa projek monorel milik bukan Melayu terbengkalai begitu lama dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar Kuala Lumpur dan bertukar tangan, hampir-hampir tidak mendapat perhatian sehinggalah seorang wartawan cedera parah dihempap flywheel kenderaan itu. Kebanyakan orang hanya tahu bahawa Robert Kuok menjadi kaya-raya kerana monopoli gula dan Lim Goh Tong kerana lesen kasino. Tidak banyak yang tahu bagaimana dan daripada siapa mereka memperoleh monopoli itu.

Bapa Robert Kuok bernama Kuok Keng Kang mengasaskan empayarnya melalui perniagaan gula, beras dan gandum dengan bantuan Sultan Johor sekitar tahun 20-an. Keng Kang adalah pendatang dari wilayah Fujian, China. Menurut laporan akhbar The Star, milik MCA (4 Jun, 2001), Keng Kang begitu akrab dengan orang kenamaan Melayu Johor sehingga mereka sanggup menolongnya mengatasi ketagihan candu.

Usahawan kasino Lim Goh Tong pula membina dan memodenkan empayar korporatnya melalui lesen kasino daripada Kerajaan Pusat dan tanah di puncak gunung diterima daripada kerajaan Pahang pada awal tahun 70-an. Manakala YTL menjadi besar kerana kontrak membina sekolah dan hospital daripada kerajaan, lesen menjana elektrik (IPP) dan perkongsian membina rumah dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Menurut laporan The Star, loji penjanaan elektrik YTL di Terengganu memperolehi hasil RM1 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM400 juta setiap tahun sejak 1998.

Tetapi kejayaan Ananda adalah contoh klasik bagaimana seorang usahawan bukan Melayu mengambil kesempatan daripada dasar mesra niaga (business friendly) kerajaan dan keakraban dengan kepemimpinan negara. Cara Ananda Krishnan membina empayar korporatnya menakjubkan. Beliau bukan muka baru dalam dunia korporat Malaysia kerana pernah menjadi ahli lembaga pengarah Bank Negara dan Petronas serta menaja konsert peringkat antarabangsa seperti Live Aid oleh pemuzik Sir Bob Geldorf pada tahun 1980-an.

Namum beliau menjadi terkenal hanya mulai tahun 1990-an apabila mendapat penswastaan padang lumba kuda Jalan Ampang, Kuala Lumpur, yang kini menjadi tapak KLCC dan Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat pada tahun 1989. Beliau dilaporkan membayar RM110 juta untuk tanah itu dan membelanjakan RM300 juta untuk memindahkan syarat kegunaannya sebagai tapak KLCC. Beliau kemudian menjual 51 peratus projek itu kepada Petronas dengan harga RM600 juta. Akhir tahun lalu, beliau menjual baki 49 peratus saham miliknya dalam KLCC Development Sdn. Bhd. kepada Petronas dengan harga RM1.2 bilion.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Ananda Krishnan adalah usahawan paling bijak meniti laluan beranjau politik Malaysia. Beliau rapat dengan kepemimpinan tertinggi politik Melayu, bermula dengan Tengku Razaleigh Hamzah berdekad-dekad lamanya. Kini beliau berpotensi menjadi orang paling berpengaruh dalam kehidupan seharian Malaysia kerana empayarnya merangkumi sektor-sektor strategik seperti telekomunikasi angkasa dan bumi (Binariang dan Maxis), radio dan television (Astro), perjudian (lumba kuda dan loteri Pan Malaysian Pools), perkapalan dan industri minyak (Bumi Armada), penjanaan elektrik (Powertek Berhad) dan perfileman.

Pencabar utama

Dengan lebih 40 saluran tv dan radio serta pelanggan yang menjangkau satu juta, Astro kini menjadi pencabar utama kepada stesen-stesen tv terrestrial iaitu RTM, TV3 and ntv7. Dalam konteks yang lebih luas, kejayaan sebahagian besar ahli perniagaan Malaysia menyelamatkan diri dan empayar korporat mereka daripada kesan negatif krisis ekonomi 1997 dan menambah kekayaan peribadi mereka, harus diberi pengiktirafan. Ia sekali gus membuktikan daya tahan sektor korporat dan keutuhan ekonomi negara hasil daripada dasar-dasar kerajaan dan pakej pemulihan ekonomi yang diperkenal selepas krisis 1997.

Berbanding tahun lalu, nilai pasaran 40 tokoh ini meningkat 20 peratus daripada RM41.7 bilion kepada RM50 bilion, iaitu bersamaan kira-kira 25 peratus keluaran dalam negara kasar (GDP) Malaysia. Kejayaan ini dicapai dalam suasana pasaran saham yang lembap dan pemulihan ekonomi dunia yang tidak menentu akibat keganasan dan ancaman perang Amerika terhadap Iraq.

Sektor korporat atau dalam bahasa yang lebih mudah, bidang perniagaan, adalah antara komponen utama ekonomi negara kita yang paling teruk menderita kesan krisis ekonomi serantau. Banyak ahli perniagaan, empayar korporat dan Bank-bank tempat mereka meminjam menjadi muflis. Satu demi satu empayar korporat yang sebelum itu disanjung dan menjadi idaman, runtuh ibarat istana pasir dilanda ombak.

Mereka bankrap akibat kejatuhan besar harga saham syarikat-syarikat mereka dan hutang yang melambung apabila nilai ringgit jatuh berbanding dolar Amerika akibat spekulasi mata wang. Sebelum krisis itu, kerajaan sendiri menggalakkan ahli korporat dan syarikat besar, khasnya yang melabur di luar negara atau yang banyak mengimport kelengkapan, supaya meminjam dalam mata wang asing seperti dolar Amerika dan yen Jepun.

Ketika mereka meminjam, kadar tukaran ringgit adalah kira-kira RM2.50 bagi setiap satu dolar Amerika. Tetapi apabila berlaku serangan spekulasi ke atas mata wang Asia bermula Jun 1997, kadar tukaran melambung kepada lebih RM4 bagi setiap satu dolar. Akibatnya, untuk membayar hutang sebanyak AS$100 juta yang dahulunya memerlukan RM250 juta, dengan sekelip mata melambung kepada RM400 juta. Inilah yang berlaku kepada syarikat-syarikat seperti MAS, Celcom, Tenaga Nasional Berhad dan Kumpulan Lion.

Perubahan politik dan dasar kewangan yang berlaku selepas itu mencetuskan “penyingkiran” sekumpulan tokoh korporat pelbagai kaum. Dalam beberapa kes, ia diekori oleh keruntuhan empayar korporat mereka.

Antara perkembangan penting yang mempengaruhi pengurusan ekonomi negara selepas krisis 1997 dan yang memberi kesan besar kepada sektor korporat ialah pelaksanaan kawalan terhad tukaran mata wang yang diperkenalkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1998. Turut mempengaruhi dunia korporat ialah penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; peletakan jawatan penggantinya, Tun Daim Zainuddin pada tahun 2001 dan pengambilan alih Kementerian Kewangan oleh Dr. Mahathir sendiri.

Manakala sektor korporat bukan Melayu tidak banyak terjejas oleh perkembangan politik semasa, untung nasib usahawan Melayu masih banyak dipengaruhi oleh suasana politik. Jika ini berterusan, maka usaha membina masyarakat usahawan Melayu akan terbantut dan harapan mereka menyaingi usahawan bukan Melayu mustahil tercapai.

Sikap sesetengah orang Melayu yang benci, cemburu dan dengki terhadap kaumnya yang berjaya di dunia korporat, tidak membantu. Hakikatnya, bagi setiap seorang Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan, lebih ramai orang bukan Melayu yang lebih hebat kejayaannya.

Lagipun usahawan dan tokoh korporat Melayu yang berjaya hari ini amat berbeza dengan watak Haji Bakhil dalam filem Allahyarham P. Ramlee. Mereka tidak kedekut macam Haji Bakhil. Sebaliknya ada yang membina masjid dan asrama, ada yang membina sekolah dan maktab, ada yang membiayai surau dan madrasah, ada yang menubuhkan yayasan dan mengeluarkan bermacam-macam bantuan. Malah ada juga yang membina muzium dan mengadakan kelas bimbingan.

Justeru, sikap benci, cemburu dan dengki orang Melayu kepada bangsanya yang berjaya nyata tidak bertempat. Apatah lagi, seperti diungkapkan oleh Dr. Mahathir, perjalanan masih jauh. Justeru orang Melayu tidak boleh cepat mudah lupa.
moralnya....andaikutahu

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda perlu kenalan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada wang tambahan - dari tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kita juga boleh membeli anda sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete